Tuesday 10 January 2012

Tips seorang Jutawan !!!


ANDA mungkin mempunyai PRODUK paling "power" di dunia, tetapi jika tiada orang datang untuk memBELI PRODUK ANDA, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan ANDA sukar untuk berkembang atau perniagaan ANDA boleh jadi "nyawa-nyawa" ikan.


15 IDEA PEMASARAN PALING BERKESAN 

1. KONGSIKAN APA YG ANDA TAHU KPD ORG LAIN:
Kongsikan hanya maklumat umum bukan maklumat rahsia syarikat. Berikan secara percuma sama ada menulis di blog, FB dll. Jgn bimbang org lain akan meniru ANDA, kerana ANDA telah punyai ilmu tersebut.

2. MENCIPTA SUASANA YG SESUAI DENGAN TEMA SEMASA:
Jika bulan Ramadhan, berikan buah kurma atau voucher berbuka puasa kpd pelanggan anda. Bila mereka datang, tawarkan harga istimewa/diskaun. Beli mainan transformer dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan ANDA. Bila pelanggan gembira dengan ANDA, mereka akan beli apa sahaja yg ANDA tawarkan.

3. BERIKAN KAD DISKAUN ATAU VOUCHER PERCUMA:
Cara paling mudah dan murah utk membuat pelanggan setia kpd ANDA. Contohnya cuci 6 kali kereta dapat 1 kali percuma. Cara ni juga ANDA dapat menunjukkan yg ANDA menghargai pelanggan ANDA.



4. PERKHIDMATAN PELANGGAN YG LUAR BIASA:
Perkhidmatan pelanggan yg hebat adalah senjata yg paling power di dalam menghadapi persaingan dalam dunia perniagaan. Jangan anggap ANDA masih berniaga kecil-kecilan dan ANDA tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dgn cepat sebelum tiga kali bunyi telefon, melayan pelanggan dgn mesra dan tenang. Jika ANDA tidak dapat lakukannya dalam perniagaan ANDA yg masih kecil, bagaimana perniagaan ANDA boleh menjadi besar.

5. LANCARKAN PERTANDINGAN ATAU CABUTAN BERTUAH:
Cara paling mudah utk dapatkan maklumat pelanggan, agar ANDA boleh gunakan utk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FB atau akhbar utk memaklumkan tentang kempen ANDA.

6. TAMBAH MAKLUMAT BARU DI LAMAN WEB ANDA:
ANDA sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) utk meningkatkan ranking laman web ANDA di enjin carian spt Google. Apa yg ANDA perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yg mungkin. ANDA akan terperanjat melihat ranking laman web ANDA meningkat dalam masa yg singkat.










7. BLOG
Ia adalah cara percuma dan mudah utk ANDA berkongsi kepakaran. Blog yg bagus akan membuatkan ANDA popular dan mempunyai pengikut dalam bidang kepakaran ANDA.









8. MAKSIMAKAN PENGGUNAAN KAD PERNIAGAAN ANDA:
Gunakan kad perniagaan ANDA utk menyampaikan maklumat tentang apakah jenis perniagaan ANDA, atau apakah kepakaran ANDA supaya mudah utk pelanggan merujuk kpd ANDA bila diperlukan nanti.
Berikan 2 keping kad perniagaan ANDA, dan katakan ANDA sengaja memberikan 2 keping kad perniagaan supaya org itu dapat memberikan kpd org lain yg mungkin perlukan perkhidmatan ANDA.
Ini cara yg mudah kerana org lain akan tolong mempromosikan perniagaan ANDA.

9. MAKSIMAKAN JENAMA (BRANDING) MENGGUNAKAN ALAT TULIS PERNIAGAAN ANDA:
Letakkan nama syarikat atau perniagaan ANDA serta kepakaran ANDA di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat ANDA atau di alat tulis seperti pen yg tertera jenama syarikat ANDA. Ia cara mudah utk menyampaikan mesej kpd org lain tentang perniagaan ANDA dan ANDA dilihat seperti syarikat "besar punya".

10. RAKAMKAN VIDEO ANDA DI YOUTUBE:
Steve Job, CEO syarikat Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yg paling meluas dgn kos yg paling rendah. Jgn lupa utk link kan video ANDA tersebut dgn laman web ANDA serta kongsikan di laman sosial ANDA spt Facebook.



11. MELABURLAH UTK MENDAPATKAN KREDIBILITI DARIPADA PIHAK KETIGA:
Sekiranya ada cara utk ANDA mendapatkan akreditasi atau kelayakan profesional di dalam industri yg ANDA ceburi, pastikan ANDA melabur akan mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan ANDA serta meningkatkan kelayakan kepakaran ANDA.

12. MEMPROMOSI KETIKA PELANGGAN SEDANG MENUNGGU ATAU SEDANG MENUNGGU DI TALIAN:
Sekiranya ANDA perlu meminta pelanggan menunggu panggilan telefon, pastikan mereka diberikan bahan bacaan yg membantu mempromosikan perniagaan ANDA. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yg mempromosikan produk ANDA.

13. BERIKAN HADIAH PERCUMA LAIN DARI YG LAIN:
Hadiah pen dgn logo syarikat ANDA mungkin membosankan atau mudah dilupakan. Apakata cuba berikan sesuatu yg berbeza, ANDA fikirkanlah sesuatu yg special utk pelanggan ANDA supaya mereka merasakan diri mereka seolah-olah "bersama-sama" ANDA setiap hari.

14. MINTA DAN GUNAKAN TESTIMONI PELANGGAN:
Manusia lebih yakin apabila mereka membaca pengalaman org lain yg mendapat pengalaman yg bagus setelah menggunakan produk ANDA.


15. BERIKAN JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN:
Sekiranya ANDA yakin dan percaya dgn produk ANDA, berikan jaminan ANDA. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yg ANDA berikan kepada mereka. ANDA akan menarik lebih ramai org mencuba produk ANDA dan biasanya mereka tidak akan meminta wang utk dipulangkan sekiranya ia bagus utk mereka.

sumber: Majalah SUKSES; bil 15 ; 2011.




No comments:

Post a Comment