Friday 3 February 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H


"Sesungguhnya ALLAH dan MalaikatNya berselawat ke atas Nabi. 
Wahai orang-orang yg beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi."

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H
daripada Dhia Ardini Cosmetics

Firman Allah s.w.t : 

"Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yg Aku kehendaki, 
dan RahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; 
maka Aku, akan menentukannya bagi orang-orang yg bertaqwa, 
dan yg memberi zakat, serta orang-orang yg beriman 
kepada ayat-ayat Kami."

"Iaitu orang-orang yg mengikut Rasullullah s.a.w, Nabi yg Ummi, 
yg mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) 
di dalam Kitab Taurat dan Injil yg ada disisi mereka.
Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yg baik, 
dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yg keji; 
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yg baik, 
dan mengharamkan kepada mereka segala benda yg buruk; 
dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan 
belenggu-belenggu yg ada pada mereka.
Maka orang-orang yg beriman kepadanya dan memuliakannya, 
juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) 
yg diturunkan kepadanya (Al-Quran), 
mereka itulah orang-orang yg berjaya."
(surah Al-A'raaf: 156-157)

Inilah tanda-tanda kita mencintai Nabi.

1. Marilah kita menjadi orang yg beriman kepada Nabi kita 
(Saidina Muhammad bin Abdullah) Rasulullah s.a.w 
yg diutuskan yg membawa seluruh Rahmat di dunia ini.

2. Marilah kita memuliakan Baginda Nabi 
yg sangat mencintai kita hatta di saat akhir nyawanya 
kitalah yg diingati Nabi 'ummati..ummati..ummati', 
bukan itu sahaja sebaik bangun sahaja di padang mahsyar Nabi kita 
akan bertanya kepada Malaikat di manakah umatku. 
Begitulah kasihnya Nabi kepada kita, 
adakah kita kasih kepadanya?

3. Marilah kita menolong Baginda Nabi 
kita untuk terus menyebar-luaskan ajaran agama Islam 
ini yg telah Baginda perjuangkan selama 23 tahun.

4. Marilah kita ikuti ajaran Baginda Nabi
yg tertulis di dalam kitab suci Al-Quran 
serta sunnah-sunnah Baginda.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433.



Sunday 29 January 2012

Bicara Jutawan: Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary


Renungan 1

Ketika ALLAH memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yg boleh dibantu. ALLAH beri rezeki malalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa boleh diambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yg tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yg lain.


Renungan 2

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yg saya tidak tahu saya belajar, minta tolong dari orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yg orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong org lain. 






Friday 27 January 2012

New Arrival: Foundation ExtraGebu DAC




Post soalan ANDA di wall FB: Nurjannatul Firdaus Jannah @



Foundation ExtraGebu DAC (10gram)



Harga pengenalan istimewa RM35.00 sahaja, pos percuma.
Harga sebenar untuk foundation 10gram ni, sekitar RM55.00.
Harga istimewa ini hanya kepada DAC sahaja.
Setiap pelanggan 1 saja untuk pengenalan Foundation ExtraGebu DAC.



Semuanya untuk ANDA, kerana ANDALAH keutamaan kami.



Dapatkan segera, sebelum habis.


"Cosmetics Halal Pilihan Kita"

Thursday 26 January 2012

Bicara Jutawan: Tips Menjayakan Bisnes ANDA.



  

   1.  Mengenali secara mendalam tentang produk ANDA.


   2. Mencintai bisnes ANDA.


   3. Mengamalkan  sikap-sikap positif dalam bisnes ANDA.


   4. Beriltizam teguh memajukan bisnes ANDA.

   

   
   5. Berani menghadapi cabaran dalam bisnes ANDA.

   

   6. Jangan patah hati @ berputus asa dalam menjayakan bisnes ANDA.

   
   






   7. Berani gagal, mengkaji dan berusaha lagi.

   






   8. Yakin ANDA adalah istimewa 
        untuk memajukan bisnes ANDA.





Monday 23 January 2012

Bicara Jutawan: Tips Berjaya dalam bisnes.



   

   1. Menubuhkan struktur sokongan.      
       ANDA mendapat sokongan daripada pakar undang-undang @ 
       pakar kewangan  dalam pengurusan bisnes ANDA. 
       Bisnes ANDA ada mentornya, 
       iaitu tunjuk ajar dan bimbingan dari syarikat yg telah berjaya.
     

        
   2. Dedikasi yg tinggi dalam menguruskan bisnes. 

        



     
    3. Ramalan Perolehan. 
      ANDA mestilah bijak dan mahir meramal perolehan ANDA. 
      Ini akan membantu ANDA dalam menentukan budget masa akan datang. 
      Meramal bukanlah angan-angan, sebaiknya ada kertas cadangan dan kajian.



   4. Berani dan bijak dalam menentukan hala tuju bisnes ANDA.











  

   5. Menjaga kebajikan pekerja ANDA. 
      Membuat sesuatu perkara yg menyebabkan pekerja ANDA 
      merasa ANDA sentiasa mengambil berat terhadap mereka.





Bicara Jutawan : Pelanggan adalah Raja ANDA ?












TIPS MENGAMBIL HATI PELANGGAN

1. Menciptakan kesan pertama, 
    yakni tanggapan yg menyenangkan pelanggan ANDA.
      
      2. Memberi nilai tambahan di atas perkhidmatan @ produk ANDA.
      
      3. Pelanggan sentiasa diutamakan, seperti tag line DAC 
          semuanya untuk ANDA kerana ANDALAH keutamaan kami

      4. ANDA menjadi tempat penyelesaian masalah pelanggan ANDA.
     
      5. Sentiasa mesra dan ramah dengan pelanggan ANDA.



PERKARA YG TAK BOLEH DIBUAT BILA JUMPA PELANGGAN


1    JANGAN berdebat dengan pelanggan ANDA.  
      Jika perlu, berbincang dengan cara yg paling baik.

2    JANGAN membiarkan pelanggan menunggu ANDA terlalu lama. 
      Jika perlu, ANDA sediakan bahan bacaan untuk pelanggan ANDA 
      baca sementara menunggu ANDA selesaikan kerja.

3    JANGAN memberikan  layanan static seperti mesin ATM. 
      Pelbagaikan kaedah layanan ANDA.

4    JANGAN menganggap persepsi dan layanan 
      semua pelanggan adalah sama.

5     JANGAN memandang ringan terhadap kepentingan
      @ kehendak pelanggan.




Thursday 12 January 2012

5 Kesalahan Dalam Bisnes









1. Bisnes Sebagai Percubaan
    Dalam bisnes tidak ada istilah mencuba.
    Menjadikan bisnes sebagai percubaan
    bukan sahaja merupakan satu kesilapan
    tetapi akan membawa padah.
    Dalam bisnes kita perlu serius
    dan melakukannya dengan bersungguh-sunguh,
    apabila GAGAL, kita mencuba semula
    dengan mengenal pasti segala kelemahan
    dan kekurangan yg ada.
    Setiap peniaga harus mempunyai target yg akan dicapai
    apabila melangkah ke alam bisnes.


2. Kerap Tukar Bisnes
    Kesalahan yg selalu dilakukan
    oleh peniaga ialah mereka suka
    bertukar-tukar bisnes.
    Seorang peniaga sepatutnya
    menumpukan perhatian kepada
    satu-satu perniagaan dahulu
    sebelum beralih kepada
    perniagaan yg lain.
    Menukar-nukar bisnes hanya
    akan membawa kepada
    kerugian yg lebih besar.







3. Sekejap Ada Sekejap Tiada
    Golongan ini menjalankan bisnes
    dengan sesuka hati tanpa ada disiplin
    dan peraturan.
    Bisnes ala sekejap ada sekejap tiada,
    seharusnya tidak dijadikan amalan
    kerana ia akan menjauhkan pelanggan
    sekali gus memberikan imej yg buruk
    kepada peniaga berkenaan.
    Peniaga begini, tidak sahaja mempunyai
    reputasi yg buruk tetapi akan
    menghilangkan keyakinan pelanggan
    kepadanya.






4. Bodoh Sombong
    Dalam bidang perniagaan, peniaga tidak boleh mempunyai
    sikap bodoh sombong.
    Mereka perlu belajar daripada pengalaman dan orang lain.
    Setiap komen yg diterimanya daripada pelanggan
    harus dijadikan sebagai bahan pembelajaran yg berguna.
    Ini akan membuatkan peniaga
    menjadi bertambah matang dan cerdik.
    Semakin lama berniaga semakin bertambah ilmunya.
    Peniaga yg bodoh sombong 
    tidak akan dapat bertahan lama dalam bisnes.
    Mereka akhirnya akan berundur atau
    diundurkan daripada bisnes tersebut.




5. Jalan Singkat
    Tiada jalan singkat dalam perniagaan, untuk berjaya dan menjadi kaya.
    Kejayaan dan keberhasilan hanya akan dapat dicapai melalui kerja kuat
    dan usaha yg tidak mengenal penat lelah serta putus asa.
    Menggunakan jalan singkat seperti melabur dalam mata wang asing,
    sebenarnya lebih sukar dan berbahaya berbanding
    dengan jalan jauh yakni usaha tanpa putus asa yg sebenarnya lebih selamat.

Sumber: Majalah Anis; bil 171
Oleh: Ann Wan Seng; penulis buku; Rahsia Bisnes Orang Cina



Tuesday 10 January 2012

Tips seorang Jutawan !!!


ANDA mungkin mempunyai PRODUK paling "power" di dunia, tetapi jika tiada orang datang untuk memBELI PRODUK ANDA, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan ANDA sukar untuk berkembang atau perniagaan ANDA boleh jadi "nyawa-nyawa" ikan.


15 IDEA PEMASARAN PALING BERKESAN 

1. KONGSIKAN APA YG ANDA TAHU KPD ORG LAIN:
Kongsikan hanya maklumat umum bukan maklumat rahsia syarikat. Berikan secara percuma sama ada menulis di blog, FB dll. Jgn bimbang org lain akan meniru ANDA, kerana ANDA telah punyai ilmu tersebut.

2. MENCIPTA SUASANA YG SESUAI DENGAN TEMA SEMASA:
Jika bulan Ramadhan, berikan buah kurma atau voucher berbuka puasa kpd pelanggan anda. Bila mereka datang, tawarkan harga istimewa/diskaun. Beli mainan transformer dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan ANDA. Bila pelanggan gembira dengan ANDA, mereka akan beli apa sahaja yg ANDA tawarkan.

3. BERIKAN KAD DISKAUN ATAU VOUCHER PERCUMA:
Cara paling mudah dan murah utk membuat pelanggan setia kpd ANDA. Contohnya cuci 6 kali kereta dapat 1 kali percuma. Cara ni juga ANDA dapat menunjukkan yg ANDA menghargai pelanggan ANDA.



4. PERKHIDMATAN PELANGGAN YG LUAR BIASA:
Perkhidmatan pelanggan yg hebat adalah senjata yg paling power di dalam menghadapi persaingan dalam dunia perniagaan. Jangan anggap ANDA masih berniaga kecil-kecilan dan ANDA tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dgn cepat sebelum tiga kali bunyi telefon, melayan pelanggan dgn mesra dan tenang. Jika ANDA tidak dapat lakukannya dalam perniagaan ANDA yg masih kecil, bagaimana perniagaan ANDA boleh menjadi besar.

5. LANCARKAN PERTANDINGAN ATAU CABUTAN BERTUAH:
Cara paling mudah utk dapatkan maklumat pelanggan, agar ANDA boleh gunakan utk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FB atau akhbar utk memaklumkan tentang kempen ANDA.

6. TAMBAH MAKLUMAT BARU DI LAMAN WEB ANDA:
ANDA sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) utk meningkatkan ranking laman web ANDA di enjin carian spt Google. Apa yg ANDA perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yg mungkin. ANDA akan terperanjat melihat ranking laman web ANDA meningkat dalam masa yg singkat.










7. BLOG
Ia adalah cara percuma dan mudah utk ANDA berkongsi kepakaran. Blog yg bagus akan membuatkan ANDA popular dan mempunyai pengikut dalam bidang kepakaran ANDA.









8. MAKSIMAKAN PENGGUNAAN KAD PERNIAGAAN ANDA:
Gunakan kad perniagaan ANDA utk menyampaikan maklumat tentang apakah jenis perniagaan ANDA, atau apakah kepakaran ANDA supaya mudah utk pelanggan merujuk kpd ANDA bila diperlukan nanti.
Berikan 2 keping kad perniagaan ANDA, dan katakan ANDA sengaja memberikan 2 keping kad perniagaan supaya org itu dapat memberikan kpd org lain yg mungkin perlukan perkhidmatan ANDA.
Ini cara yg mudah kerana org lain akan tolong mempromosikan perniagaan ANDA.

9. MAKSIMAKAN JENAMA (BRANDING) MENGGUNAKAN ALAT TULIS PERNIAGAAN ANDA:
Letakkan nama syarikat atau perniagaan ANDA serta kepakaran ANDA di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat ANDA atau di alat tulis seperti pen yg tertera jenama syarikat ANDA. Ia cara mudah utk menyampaikan mesej kpd org lain tentang perniagaan ANDA dan ANDA dilihat seperti syarikat "besar punya".

10. RAKAMKAN VIDEO ANDA DI YOUTUBE:
Steve Job, CEO syarikat Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yg paling meluas dgn kos yg paling rendah. Jgn lupa utk link kan video ANDA tersebut dgn laman web ANDA serta kongsikan di laman sosial ANDA spt Facebook.



11. MELABURLAH UTK MENDAPATKAN KREDIBILITI DARIPADA PIHAK KETIGA:
Sekiranya ada cara utk ANDA mendapatkan akreditasi atau kelayakan profesional di dalam industri yg ANDA ceburi, pastikan ANDA melabur akan mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan ANDA serta meningkatkan kelayakan kepakaran ANDA.

12. MEMPROMOSI KETIKA PELANGGAN SEDANG MENUNGGU ATAU SEDANG MENUNGGU DI TALIAN:
Sekiranya ANDA perlu meminta pelanggan menunggu panggilan telefon, pastikan mereka diberikan bahan bacaan yg membantu mempromosikan perniagaan ANDA. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yg mempromosikan produk ANDA.

13. BERIKAN HADIAH PERCUMA LAIN DARI YG LAIN:
Hadiah pen dgn logo syarikat ANDA mungkin membosankan atau mudah dilupakan. Apakata cuba berikan sesuatu yg berbeza, ANDA fikirkanlah sesuatu yg special utk pelanggan ANDA supaya mereka merasakan diri mereka seolah-olah "bersama-sama" ANDA setiap hari.

14. MINTA DAN GUNAKAN TESTIMONI PELANGGAN:
Manusia lebih yakin apabila mereka membaca pengalaman org lain yg mendapat pengalaman yg bagus setelah menggunakan produk ANDA.


15. BERIKAN JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN:
Sekiranya ANDA yakin dan percaya dgn produk ANDA, berikan jaminan ANDA. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yg ANDA berikan kepada mereka. ANDA akan menarik lebih ramai org mencuba produk ANDA dan biasanya mereka tidak akan meminta wang utk dipulangkan sekiranya ia bagus utk mereka.

sumber: Majalah SUKSES; bil 15 ; 2011.