Thursday, 12 January 2012

5 Kesalahan Dalam Bisnes









1. Bisnes Sebagai Percubaan
    Dalam bisnes tidak ada istilah mencuba.
    Menjadikan bisnes sebagai percubaan
    bukan sahaja merupakan satu kesilapan
    tetapi akan membawa padah.
    Dalam bisnes kita perlu serius
    dan melakukannya dengan bersungguh-sunguh,
    apabila GAGAL, kita mencuba semula
    dengan mengenal pasti segala kelemahan
    dan kekurangan yg ada.
    Setiap peniaga harus mempunyai target yg akan dicapai
    apabila melangkah ke alam bisnes.


2. Kerap Tukar Bisnes
    Kesalahan yg selalu dilakukan
    oleh peniaga ialah mereka suka
    bertukar-tukar bisnes.
    Seorang peniaga sepatutnya
    menumpukan perhatian kepada
    satu-satu perniagaan dahulu
    sebelum beralih kepada
    perniagaan yg lain.
    Menukar-nukar bisnes hanya
    akan membawa kepada
    kerugian yg lebih besar.







3. Sekejap Ada Sekejap Tiada
    Golongan ini menjalankan bisnes
    dengan sesuka hati tanpa ada disiplin
    dan peraturan.
    Bisnes ala sekejap ada sekejap tiada,
    seharusnya tidak dijadikan amalan
    kerana ia akan menjauhkan pelanggan
    sekali gus memberikan imej yg buruk
    kepada peniaga berkenaan.
    Peniaga begini, tidak sahaja mempunyai
    reputasi yg buruk tetapi akan
    menghilangkan keyakinan pelanggan
    kepadanya.






4. Bodoh Sombong
    Dalam bidang perniagaan, peniaga tidak boleh mempunyai
    sikap bodoh sombong.
    Mereka perlu belajar daripada pengalaman dan orang lain.
    Setiap komen yg diterimanya daripada pelanggan
    harus dijadikan sebagai bahan pembelajaran yg berguna.
    Ini akan membuatkan peniaga
    menjadi bertambah matang dan cerdik.
    Semakin lama berniaga semakin bertambah ilmunya.
    Peniaga yg bodoh sombong 
    tidak akan dapat bertahan lama dalam bisnes.
    Mereka akhirnya akan berundur atau
    diundurkan daripada bisnes tersebut.




5. Jalan Singkat
    Tiada jalan singkat dalam perniagaan, untuk berjaya dan menjadi kaya.
    Kejayaan dan keberhasilan hanya akan dapat dicapai melalui kerja kuat
    dan usaha yg tidak mengenal penat lelah serta putus asa.
    Menggunakan jalan singkat seperti melabur dalam mata wang asing,
    sebenarnya lebih sukar dan berbahaya berbanding
    dengan jalan jauh yakni usaha tanpa putus asa yg sebenarnya lebih selamat.

Sumber: Majalah Anis; bil 171
Oleh: Ann Wan Seng; penulis buku; Rahsia Bisnes Orang Cina



No comments:

Post a Comment