Friday 3 February 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H


"Sesungguhnya ALLAH dan MalaikatNya berselawat ke atas Nabi. 
Wahai orang-orang yg beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi."

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H
daripada Dhia Ardini Cosmetics

Firman Allah s.w.t : 

"Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yg Aku kehendaki, 
dan RahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; 
maka Aku, akan menentukannya bagi orang-orang yg bertaqwa, 
dan yg memberi zakat, serta orang-orang yg beriman 
kepada ayat-ayat Kami."

"Iaitu orang-orang yg mengikut Rasullullah s.a.w, Nabi yg Ummi, 
yg mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) 
di dalam Kitab Taurat dan Injil yg ada disisi mereka.
Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yg baik, 
dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yg keji; 
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yg baik, 
dan mengharamkan kepada mereka segala benda yg buruk; 
dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan 
belenggu-belenggu yg ada pada mereka.
Maka orang-orang yg beriman kepadanya dan memuliakannya, 
juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) 
yg diturunkan kepadanya (Al-Quran), 
mereka itulah orang-orang yg berjaya."
(surah Al-A'raaf: 156-157)

Inilah tanda-tanda kita mencintai Nabi.

1. Marilah kita menjadi orang yg beriman kepada Nabi kita 
(Saidina Muhammad bin Abdullah) Rasulullah s.a.w 
yg diutuskan yg membawa seluruh Rahmat di dunia ini.

2. Marilah kita memuliakan Baginda Nabi 
yg sangat mencintai kita hatta di saat akhir nyawanya 
kitalah yg diingati Nabi 'ummati..ummati..ummati', 
bukan itu sahaja sebaik bangun sahaja di padang mahsyar Nabi kita 
akan bertanya kepada Malaikat di manakah umatku. 
Begitulah kasihnya Nabi kepada kita, 
adakah kita kasih kepadanya?

3. Marilah kita menolong Baginda Nabi 
kita untuk terus menyebar-luaskan ajaran agama Islam 
ini yg telah Baginda perjuangkan selama 23 tahun.

4. Marilah kita ikuti ajaran Baginda Nabi
yg tertulis di dalam kitab suci Al-Quran 
serta sunnah-sunnah Baginda.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433.